Thursday, 2 June 2011
Monday, 2 May 2011
Jambori Jasin 2011 bersama Team Sepeda Dumai Indonesia
Seramai 38 team MTB Sepeda Dumai Indonesia bersama team Pgexpress akan menyertai Jambori Jasin 2011 yang akan diadakan pada 29 Mei 2011. Ini merupakan lawatan balas yang telah diadakan oleh team pgexpress ke Riau pada bln July 2010
Aturcara program:
Sabtu (28/5/2011) - 12.00pm - Ketibaan MTB Sepeda Dumai di Pelabuhan melaka
1.00pm - Peserta dibawa ke kampung Pasir Gembor menaiki
kenderaan ahli-ahli pgexpress
dan dijangka menginap di Al Khawarizmy Tanjung Bidara
8.00pm - Majlis Makan Malam dan suaikenal bersama Team
Sepeda Dumai di rumahTok Sidang ( Pak ON) bersama Ketua
JKKK Ust Azmi
Ahad (29/5/2011 - 5.00am - Persiapan dari tempat penginapan dan terus bertolak ke Stadium
Jasin menaiki Kenderaan Khas yang disediakan tuan rumah
7.30am - Jambori Jasin bermula
2.30pm - Tamat
Program Ramah Mesra Team Pg Express & Kelab ICT Shah Alam
Tarikh : 14 - 15 Mei 2011
Tempat : Pasir Gembor Masjid Tanah Melaka
Aturcara:
14/5/2011 - 2.00pm - Majlis Penyerahan Keluarga Angkat
5.00pm - Perlawanan Futsal di Padang Sek.keb Tanjung Bidara
8.00pm - Makan malam dan majlis suaikenal
15/5/2011 - 7.30am - Kayuhan Santai Bersama Team PgExpress - ICT Shah Alam
12.00pm - Makan Tengahari dan bersurai
* Semua ahli pg express diminta turut serta mengambil bahagian..sila berhubung dengan bro jef utk keterangan lanjut..tq
KAYUHAN PgExpress bersama Team Bomba Masjid Tanah
Tarikh : 8 Mei 2011
Tempat : Balai Bomba Masjid Tanah - Kuala Sg Baru
Masa 8.00 pagi..
Tanau (Black Besau) diserang strok!
Salam, maklumat yang diterima admin jumaat lepas,salah seorang tanau besau (Black besau-bashir)telah diserang strok dirumahnya ketika suboh. Keadaannya dilaporkan stabil dan sekarang masih berada di hospital melaka aras 3. Harap tanau-tanau & geng pg express dapat meluangkan masa melawat beliau serta memberi sokongan moral dan doa agar beliau sembuh seperti sediakala. Wasalam
Wednesday, 27 April 2011
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Tan Sri Rahim Tambychik
Pasir Gembor FC vs Mastanah FC
( 0 - 1 )
Ulasan Perlawanan:
Seperti biasa, pasukan Pasir Gembor FC turun dengan semangat kesukanan dengan diiringi penyokong fanatik ( lagi teruk dari penyokong England).. kelihatan anggota polis berpakaian biasa meronda sana sini seolah-olah dah tau kalau team pasir gembor main mmg suasana panas.. Klau tak masakan pengadil-pengadil yang pernah mengadili perlawanan team pasir gembor akan komplen " ko orang nak carut aku..aku tak kisah tapi tolong ler jangan carut mak bapak aku" he..he.
Terdapat faktor utama yang dinyatakan oleh bro jef ketika laporan dihantar ke admin iaitu ketiadaan 4 pemain utama dan hasil maklumat yg diperolehi sebab-sebab ketiadaan 4 player nie adalah seperti berikut:
1. Lionel Meppi - terpaksa bawa ibu ke hospital besar Barcelona ada appoinment dengan doktor pakar kulit
2. Ronaldo de Capri - terpaksa menghadiri mesyuarat PIBG anaknya yang sulong sbb org rumah nya keje syif
3. Rooney bee choong - bapak dia suruh jaga kedai ler hari cuti customer ramai ler
4. Inesta - masih belum pulih dari masalah buasir..masih berdarah ler
Namun begitu.. semangat juang ahli yang lain masih membara dan berjuang sehingga titisana peluh yang terakhir.. Cuba lagi tahun depan..
Thursday, 21 April 2011
Perlawanan Bola Sepak Piala Tan Sri Rahim Tambichik
Pasir Gembor FC akan bertemu perimgkat Separuh Akhir menentang Mastanah FC pada:
Tarikh : 23 April 2011
Tempat :Padang Bola Taman Rekreasi Bukit Beringin Masjid Tanah
Masa : 5.00pm
Hadiah : RM3,000.00
Semua tanau besau,sedang,kechik,junior, superjunior dijemput hadir.. minta kawal disiplin.. Paling penting jangan carut pengadil..
Kompang Pak Amin & The Geng
Kompang Senirama Kg Pasir Gembor - dipimpim oleh Mohd Amin Puasa dan dibantu oleh Mem Besar
Wednesday, 20 April 2011
Giant UTM MTB Quest 2011
Tahniah kepada semua member PGExpress yang beraksi dan berjaya menamatkan kayuhan walaupun terpaksa berkorban masa dan keluarga..
tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia pun di kaki jugak..tahniah bro nizam..kayuh beskal aje dah dpt grand prize lucky draw frame giant RM7500.00..wow. jugak pd member-member lain yg dpt lucky draw..nombol ada 'ong'..
PERINGATAN ; Ahli yang dah mula 'Pasif' dan tidak menyertai sebarang aktiviti diminta menyediakan surat tunjuksebab untuk mengelakkan di'gantung'..
sila klik page MOUNTAINBIKE untuk koleksi gambar kayuhan...
Wednesday, 23 March 2011
Sambutan Maulid Nabi Kampung Pasir Gembor
Tarikh : 25 Mac 2011
Masa : 3.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Masjid Kampung Pasir Gembor
* Semua tanau-tanau kampung sama ada di dalam karyah @ di luar karyah diminta hadir untuk membantu AJK masjid menguruskan persiapan, makan minum, mengemas kawasan masjid dan yang akhir sekali basuh pinggan mangkuk dan bukak khemas selepas majlis berlangsung...
* sila bukak page AKTIVITI untuk lihat koleksi gambar-gambar sambutan ....
Terima kasih tanau-tanau kecik & besau atas kerjasama anda menjayakan majlis tersebut..
* sila bukak page AKTIVITI untuk lihat koleksi gambar-gambar sambutan ....
Terima kasih tanau-tanau kecik & besau atas kerjasama anda menjayakan majlis tersebut..
Saturday, 19 March 2011
BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011
BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
BCNC mengumumkan dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menganjurkan :
BCNC mengumumkan dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menganjurkan :
BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011
Tarikh :1 Mei 2011
Masa :8.30 pagi
Tempat : Rumah Melaka, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka
(Berhampiran persimpangan JPJ Melaka)
( GPS: N 02 degre 13.75' E 102 degree 18.177' )
Laluan :45km (Jalan tar + Jalan kampung + offroad)
Check Point : 4 Sahaja ( 2 water stop + bekalan pisang)
Yuran penyertaan : RM 50.00 (Jersi + lain-lain goodies)
Snapshot hadiah Cabutan Bertuah!
Hadiah Utama cabutan bertuah BCNC Kampung Ride Jamboree 2011?
GIANT TALON 2, model 2011. Rujuk link untuk spesifikasi.
Pihak Penganjur sedang usahakan! Banyak lagi tajaan dari GIANT menanti riders!
Berikut adalah reward kepada para peserta yang menyertai Jamboree ini..
1) Kategori Lelaki Terbuka:
Tempat 1st: RM 1000
Tempat 2nd: RM 700
Tempat 3rd: RM 500
Tempat 4th: RM 300
Tempat 5th: RM 100
Tempat 6-10th :RM 50
2) Kategori Wanita Open:
Tempat 1st: RM 1000
Tempat 2nd: RM 700
Tempat 3rd: RM 500
Tempat 4th: RM 300
Tempat 5th: RM 100
Tempat 6-10th :RM 50
- Bagi peserta yang berjaya mendapatkan tempat ke-100 terawal akan mendapat topi atau cap BCNC Jamboree Kampung Ride 2011 dan juga MEDAL posisi.
- Semua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan akan mendapat MEDAL BCNC Jamboree Kampung Ride 2011
- Lucky Draw dan Hadiah Misteri sudah pastinya di tunggu-tunggu oleh peseta
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!
Susunatur Program
SABTU, 30 SABTU 2011 5.00pm-10pm: | Meja Pendaftaran Dibuka di RUMAH MELAKA. Goodies and jersi diserah. |
AHAD, 1 MEI 2011 6.00 am: | Riders Check-In. (Setiap peserta wajib untuk check-in sebelum mulakan kayuhan) |
7.00 am: | Cabutan Bertuah - Rezeki Pagi. |
7.30 am: | Ketibaan Wakil Penaja dan Persembahan/ Hiburan. |
8.00 am: | KetibaanVIP Ucapan Perasmian oleh VIP Penghargaan Kepada Penaja Bacaan Doa. |
8.30 am | Peserta di lepaskan. |
8.45 am | Lawatan oleh VIP ke Tapak Pameran Penaja. Jamuan Ringan. |
11.00 am: | Check point no. 1 ditutup.. |
12.00 pm: | Check point no. 2 ditutup. |
12.30 pm: | Check point no. 3 ditutup. |
1.00 pm: | Check point no. 4 ditutup. Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah. |
2.30 pm: | Program berakhir dan Bersurai.. |
*SEMUA PESERTA DIKEHENDAKI MENDAFTAR DIRI DAN MENGAMBIL JERSI, GOODIES & NO. PLAT BASIKAL SEBELUM JAM 10:00pm, SABTU, 30 APRIL 2011.*
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!
Replika Jersi
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
DESIGN JERSI untuk BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011
Logo Jabatan/ Syarikat/ Individu yang menaja akan di pamerkan pada jersi.
Rekaan jersi Jamboree Kampung Ride 2011 ini, berasaskan cutting M-T-B, berpoket di bahagian belakang. Ada kelainan? haha...! Cepat-cepat daftar bro!
Wakil BCNC Untuk Dihubungi
Assalamualaikum dan Salam 1 MalaysiaUntuk pertanyaan dan maklumat berkaitan BCNC Kampung Ride Jamboree 2011 hubungi wakil sah kami :
MOHD FAIRUZ : 017-2099920
SOFFIAN HJ. MUSTAFA : 019-6757051
MOHD HUSRY : 012-3374760
ZULKIPLI MOHAMMAD : 013-6278787
Registration Form boleh di muat turun di blog:
http://kampungridemelaka.blogspot.com/
Jumpa di BCNC KAMPUNG RIDE JAMBOREE 2011!!!
Friday, 11 March 2011
Jasin S2h Jamboree 2011
J-Bikers dan S2H Cycle dengan sukacitanya ingin menjemput ahli PGEXPERSS (yg tak serik aje) menyertai Jamboree MTB Jasin akan berlangsung lagi untuk kali keduanya pada 29 May 2011.
Sama seperti tahun yang lepas, cuma jarak laluan untuk jamboree kali ini telah dikurangkan ke 45km++ dan lokasi laluan ini adalah meliputi lima ( 5 ) rupabentuk mukabumi ( Laluan Jalanraya / Ladang Getah / Ladang Kelapa Sawit/ Taman Perumahan / Kawasan Kampung ) di kawasan sekitar Pekan Jasin yang meliputi Kampung Air Barok, Kampung Kesang, Kampung Kesang Pajak, Kampung Kemengkang, Felda Tun Ghafar Baba Kemendor, Kampung Seri Kesang, Kampung Orang Asli Gapam II, Kampung Bukit Katong, Kampung Rim, Jasin Height dan Stadium Jasin.
Secara teknikal, program ini lebih kepada acara ' x country ' yang memberi peluang kepada para peserta untuk menjelajah laluan yang telah ditetapkan dalam tempoh masa selama lima (5) jam.
DETAILS OF THE EVENT
Date : 29th May 2011
Time : 0800 (sharp) till 3pm
Venue: Stadium Jasin (start and finish here)
Distance : 45 kilometres ++
Registration closing date : 1st May 2011
Entry Fee : RM 50 for early birds
RM 60 after closing date
Contact Person : Muhd Rizal Azis @ Jai (012- 6732973)
Payment Instruction
1) Bank in your money to the selected account.
2) Fax your bank slip with name, I/C no.& T-shirt size
to Fax No : 06-2869961
3) Check namelist at http://jasins2hjamboree2011.blogspot.com
4) Bring along reg. form & bank slip & collect goodies on event date
Muhamad Rizal Azis
CIMB ACC. N0 : 04010585059528
Redzuan B. Daud
MAYBANK ACC. N0 :
Mastanah Ride Hash
M2BH Ride Hash
Tarikh: 20hb Feb 2011Masa: 8.00pagi
Tempat: KFC Bandar Baru Sungai Udang Melaka
......riders semua adalah dipelawa.....
Wednesday, 9 March 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)